1. Di sebuah reban ayam, seorang kanak-kanak sedang terkial-kial melepaskan seekor anak ayam yang terselit di celah lantai buluh.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aksi, bentuk, ruang dan jalinan.2. Di sebuah taman ajaib kelihatan seorang puteri yang cantik dikelilingi pelbagai jenis tumbuhan dan serangga yang unik.
Lukis kejelitaan puteri dan keunikan panorama tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk, jalinan dan warna.3. Di suatu sudut ruang dapur, kelihatan sebuah robot sedang melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu lantai, mencuci pinggan mangkuk dan mengelap tingkap.
Lukis suasana yang luar biasa itu dengan memberi penekanan kepada bentuk ruang dan pergerakan.4. Pertunjukan bunga api telah diadakan berhampiran sebuah tasik di sebuah bandaraya.
Lukis suasana yang berwarna-warni dan menakjubkan itu dengan memberi penekanan kepada ruang, warna dan pencahayaan.5. Sehelai baju hujan yang masih basah disangkutkan di sebuah kerusi. Di tepi kerusi tersebut tersandar sekaki payung yang baru digunakan. Jelas kelihatan air dari baju hujan dan payung menitis ke atas lantai.
Lukis gambaran tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.6. Sekumpulan petani sedang bekerja di kebun sayur. Salah seorang daripada mereka sedang membawa hasil tanaman dari kebun seperti kacang panjang, terung dan timun ke sebuah bangsal berhampiran dengan menggunakan kereta sorong.
Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada aksi, ruang, bentuk dan jalinan.~GooD LuCk~